Pep Guardiola memahami jika pemilik Manchester City tidak berpuas hati dengan persembahan kelab itu sepanjang kempen musim ini.
City di tangga keempat dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) -- 11 mata di belakang pendahulu, Chelsea -- selain turut tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara kepada Monaco dalam pusingan 16.
Piala FA merupakan peluang terakhir City untuk merakamkan kejuaraan dalam musim pertama Guardiola di Stadium Etihad dan dia menerima hakikat bahawa pemilik jutawan, Sheikh Mansour, mungkin menjangkakan kejayaan yang lebih besar.
"Saya tidak fikir mereka akan gembira," ujar Guardiola kepada wartawan menjelang pertemuan dengan Arsenal dalam separuh akhir Piala FA di Wembley, esok.
"Jangkaan kelab adalah setinggi mungkin dan untuk memenangi semua gelaran -- dan kami gagal berbuat demikian.
"Jadi, jika mereka tidak berpuas hati, saya benar-benar boleh memahaminya. Kami patut memberi hasil yang lebih baik daripada segi keputusan dan juga corak permainan kami kerana kami mahu memburu gelaran liga dan Liga Juara-Juara.
"Walaupun saya gembira dengan apa yang kami lakukan, ia masih tidak memadai. Tetapi mereka perlu membuat keputusan. Mereka adalah bos saya. Pengerusi dan pemilik perlu memutuskan apa sahaja yang mereka mahu.
"Tetapi anda (wartawan) di sini setiap beberapa hari meminta saya memberikan pendapat dan saya jujur. Ini kerana saya seorang yang akan mengakui jika kami beraksi buruk."
City akan menghadapi pertembungan 'derby' menentang Manchester United dalam kempen EPL pada pertengahan minggu depan dan dengan kedudukan keempat terbaik menjadi taruhan, Guardiola sebaliknya tidak menganggap dua perlawanan yang menyusul akan menjadi penentu nasib mereka, musim ini.
"Musim yang saya harungi adalah baik," kata Guardiola. "Saya amat gembira. Saya gembira di sini. Saya begitu gembira sepanjang musim ini dengan prestasi naik dan turun.
"Sudah tentu daripada segi itu, kami mahu mara ke perlawanan akhir, tidak kira dalam kejohanan mana pun. Ia amat penting. Semua kelab di dunia mahu menang kejuaraan.
"Tetapi saya fikir, menang atau tidak, ia tidak akan terlalu banyak mengubah perspektif masa depan kami dan apa yang kami akan lakukan.
"Gelaran membantu kami untuk membina keyakinan di mana kelab ini cukup bagus untuk mencapai perkara besar."