Pep Guardiola menyifatkan Mikel Arteta sebagai 'pengurus menakjubkan' selepas Manchester City mengatasi Arsenal 4-1 untuk mara ke separuh akhir Piala EFL.
Arteta meninggalkan peranan sebagai pembantu Guardiola setahun yang lalu untuk mengambil alih Arsenal tetapi berdepan kritikan selepas permulaan yang mengecewakan. Di mana menyaksikan The Gunners menghuni tangga ke-15 Liga Perdana Inggeris (EPL).
Riyad Mahrez, Phil Foden dan Aymeric Laporte menemui sasaran dalam kemenangan ke-18 berturut-turut dalam pertandingan tersebut buat penyandang juara, City selepas Alexandre Lacazette menafikan jaringan pembukaan Gabriel Jesus.
Kedudukan Arteta akan diteliti lebih lanjut setelah Arsenal bolos empat gol di laman sendiri dalam Piala EFL untuk pertama kalinya sejak kekalahan 5-0 kepada Chelsea pada bulan November 1998, tetapi Guardiola tidak meragui tentang bakat pengendali kelahiran Sepanyol itu.
"Apa yang boleh saya katakan, semua orang tahu bahawa kita dinilai berdasarkan hasilnya. Dia dapat mempertahankan dirinya dengan sempurna," katanya.
"Saya bekerja dengannya, kami tidak mungkin mendapat kejayaan tanpa dia. Dia adalah pengurus yang luar biasa. Saya tahu cadangannya dan apa yang akan dilakukannya. Bahkan sedikit hasil buruk tidak akan mengubah pendapat saya."

18 - Since losing to Manchester United in October 2016, Manchester City have progressed from each of their last 18 League Cup ties, winning the competition in each of the last three campaigns. Energised. pic.twitter.com/ThGclrxzh6
— OptaJoe (@OptaJoe) December 22, 2020