Skip to main content

Bola Sepak

Guardiola: Manchester City bergelut dengan hantaran jauh Arsenal

24417pep-guardiola.jpg
ARSENAL 2 MANCHESTER CITY 1

Pep Guardiola menuduh Arsenal bermain hantaran jauh ke arah Olivier Giroud dan bertahan dengan "lapan hingga 10 pemain" selepas Manchester City tewas 1-2 dan tersingkir dalam separuh akhir Piala FA di Stadium Wembley, malam tadi.


City dilihat berada dalam landasan tepat untuk mara ke final apabila Sergio Aguero menjaringkan gol pada minit ke-62 tetapi Nacho Monreal menyamakan kedudukan 10 minit kemudian untuk membawa permainan ke masa tambahan, di mana Alexis Sanchez akhirnya membuat perbezaan.

Ketika Guardiola kecewa dengan taktikal Arsenal, dia tetap gembira dengan prestasi pasukannya walaupun tewas 1-2.

"Dalam aksi seperti ini, separuh akhir adalah seperti perlawanan akhir, anda tidak boleh berharap untuk mengawal setiap keadaan tetapi kami mengawal sebahagian besar masa," kata Guardiola dalam sidang media.

"Mereka bermain bola jauh untuk Giroud, mereka menyerang balas dan dengan sepakan percuma, mereka menjadi pasukan yang tinggi. Mereka menewaskan kami kerana ini.

"Ia tidak mudah apabila terdapat lapan hingga 10 pemain di sana (depan pintu gol). Kami dalam prestasi yang baik, kami bermain seperti anda perlu bermain dalam final.

"Kami benar-benar melakukan segala-galanya untuk bermain. Kami mencipta lebih banyak peluang daripada Arsenal. Kami mengawal permainan. Kami berada di sana sepanjang masa. Terdapat 10-20 minit mereka berada di atas.

"Tetapi ia adalah mengenai keputusannya. Dan Arsenal menang. Tahniah.

"Tetapi kami melakukannya dengan baik dalam kejohanan ini, semua perlawanan di tempat lawan menentang pasukan Liga Perdana Inggeris. Kami tiba di sini dan kami bersaing, mencipta lebih banyak peluang daripada lawan kami, dan terkena tiang.

"Ia agak sama dengan apa yang berlaku dalam liga. Pasukan tidak perlu melakukan banyak perkara untuk menjaringkan gol (menentang kami). Kami mempunyai beberapa masalah untuk menjaringkan gol tetapi kami bermain seperti yang kami mahu. "

City kini akan menumpukan perhatian dalam Liga Perdana Inggeris apabila mereka mahu menjamin kelompok empat teratas, dengan Manchester United menunggu pada Khamis ini.

"Kami perlu bangkit dan bersedia untuk perlawanan yang kami masih perlu bermain," tambah Guardiola.

"Kami mempunyai tiga atau empat hari untuk pulih (sebelum perlawanan dengan United).

"Kami sedih sekarang tetapi kami akan bangkit dengan secepat mungkin."

Advertisement

Must Watch Video