Pep Guardiola mengakui memikirkan pasukannya tewas lebih banyak berbanding Liverpool tatkala Manchester City dipaksa bekerja keras sebelum menang 3-1 ke atas Everton, awal pagi tadi.
Juara bertahan itu turun beraksi awal pagi tadi di Goodison Park dengan perbezaan lapan mata berbanding Liverpool yang terlebih dahulu menewaskan Sheffield United 1-0, semalam.
Dominic-Calvert Lewin memadamkan gol pembukaan Gabriel Jesus sebelum rehat tetapi Riyad Mahrez memerangkap Jordan Pickford hasil sepakan percuma pada minit ke-71 dan Raheem Sterling mengesahkan kemenangan.
Ketika mereka kini dibezakan lima mata dengan Liverpool selepas tujuh perlawanan, Guardiola melihat tekanan memihak pasukan kendaliannya itu untuk terus mengejar naib juara musim lalu itu.
"Kami tahu Liverpool mencipta satu lagi kemenangan dan perbezaan menjadi lapan mata," katanya.
"Jadi, kami meraih tiga mata dan mengakhiri September dengan perbezaan lima mata sambil masih banyak perlawanan akan dihadapi.
"Kami tahu pasukan yang sedang kami hadapi. Mereka kini meraih tujuh kemenangan berturut-turut dengan status juara Eropah dan menampilkan aksi bola sepak memukau.
"Ini adalah seteru kami dan kami tahu tidak boleh mencicirkan banyak mata kerana musim lalu, mereka tewas dengan perbezaan satu mata.
"Musim ini masih panjang, kami terus berusaha. Mungkin kami boleh memberikan sedikit tekanan dan cuba menjulang trofi Liga Perdana Inggeris buat kali ketiga berturut-turut."
Ederson menampilkan aksi memukau dalam babak kedua untuk membantu City meraih kemenangan keempat dalam semua kejohanan, sekali gus meraih pujian Guardiola.
"Dia melakukan dua aksi tangkas yang hebat ketika kedudukan 2-1 dan menjadikannya aksi bola sepak yang menghiburkan," tambah pengendali dari Sepanyol itu.
"Kami beraksi hebat. Di Goodison Park, ia sentiasa sukar. Kami bermula dengan baik, mencipta peluang dan menghasilkan gol.
"Selepas itu, kami berdepan masalah untuk mengekang asakan dari sebelah kiri daripada Gylfi Sigurdsson. Mereka memiliki ramai pemain di situ dan memberikan masalah kepada kami.
"Dalam babak kedua, kecuali situasi bola mati dan hantaran jauh, kami beraksi baik."
Pemain sayap Everton, Theo Walcott, terpaksa diusung keluar ketika perlawanan baru bermula selepas menghalang hantaran lintang Sterling dengan mukanya.
Dia terpaksa dikejarkan ke hospital tetapi Marco Silva mengesahkan selepas itu bahawa pemain berusia 30 tahun itu telah pulang.
"Dia kini berada di dalam bilik persalinan," ujar Silva.
"Dia dalam keadaan baik, mandi dan akan berehat di rumah."