Pengurus Manchester City, Pep Guardiola percaya penyerang Arsenal Alexis Sanchez sudah hampir mencapai taraf yang sama seperti bintang Barcelona, Lionel Messi.
City telah dikaitkan bakal mendapatkan khidmat Sanchez bagi menghadapi saingan musim hadapan.
Guardiola, yang berdepan Arsenal dalam aksi separuh akhir Piala FA, malam ini memberikan satu lagi petanda bahawa beliau amat berminat untuk menandatangani pemain kebangsaan Chile.
Guardiola turut menyifatkan Sanchez sudah hampir menyamai kualiti yang dimiliki oleh Messi.
"Bagaiaman kelab gergasi memperbaiki kualiti pasukan mereka? dengan pemain-pemain yang bagus. Sanchez telah membuktikan diri antara pemain terbaik dunia apabila menyertai Arsenal.
"Dia telah membantu pasukan dengan jaringan gol serta menghasilkan bantuan jaringan buat Arsenal. Saya sangat gembira menyaksikan persembahannya.
Sanchez kini telah menjaringkan 23 gol dalam semua pertandingan musim ini, tetapi Arsenal masih lagi bergelut di tangga ketujuh liga.
Jaringannya menerusi sepakan percuma ketika menewaskan Middlesbrough membantu Arsenal meraih kemenangan dan magis seperti itu membezakan Sanchez dengan pemain lain.
"Jaringan sepakan percumanya telah membantu pasukan meraih tiga mata penuh.
"Pemain-pemain yang berkualiti menghasilkan perkara sebegini - dia berada di kalangan pemain terbaik di dunia."