Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, memuji perkembangan Sergio Aguero musim ini dan berasakan penyerang Argentina itu sudah mula memahami gaya permainannya.
Guardiola telah menggugurkan Aguero daripada kesebelasan utama kerana kehadiran Gabriel Jesus pada awal musim ini, mencetuskan spekulasi City akan menjual pemain berusia 28 tahun itu pada penghujung musim ini.
Kecederaan Jesus menyaksikan Aguero kembali ke dalam kesebelasan utama pasukan dan mempamerkan prestasi yang memberangsangkan, menjaringkan lima gol dalam enam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Tetapi bukan jaringan gol yang membuat Guardiola gembira -- beliau berpuas hati dengan gaya Aguero memahami pendekatannya secara keseluruhan.
"Aguero kini banyak terlibat di dalam perlawanan, dia bukan sahaja berada di dalam kotak penalti untuk menjaringkan gol," kata Guardiola.
"Jaringan kedua kami ketika bertemu Hull melibatkan semua pemain.
"Aguero memahami kemahuan saya dan anda dapat melihat dia mengganggu barisan pertahanan lawan untuk membuka ruang buat City menjaringkan gol."