Pemain Serbia berusia 24 tahun itu berada dalam musim kedua pinjamannya bersama pasukan Bundesliga, Hertha Berlin.
Sebelum itu, dia menghabiskan waktunya bersama Cardiff City dalam Liga Kejuaraan dan sudah dua tahun berlalu sejak dia melakukan penampilan pertamanya dalam Liga Perdana Inggeris bersama Liverpool.
Grujic masih memiliki kontrak sehingga 2023 tetapi kurang mendapat peluang dalam pasukan utama di bawah kendalian Jurgen Klopp dan ia bermakna dia perlu memikirkan langkah seterusnya bagi meneruskan kelangsungan kariernya dalam sukan bola sepak.
"Saya berharap ia (perbincangan itu) akan berlangsung dalam beberapa bulan ini," katanya kepada The Athletic.
"Saya pasti kami akan duduk dan berbincang mengenai apa yang terbaik buat kelab ini dan apa yang terbaik buat saya.
Happy birthday, Marko Grujic! ? pic.twitter.com/f0mSh5pTPd
— Liverpool FC (at ?) (@LFC) April 13, 2018
"Saya bukan lagi pemain muda. Pada usia 24 tahun, saya berada di peringkat di mana saya perlu melakukan langkah yang penting dalam karier saya.
"Saya perlu memikirkannya dan saya perlu bijak mengenai apa yang akan berlaku selepas ini.
"Adakah jalan terbaik untuk kekal di Liverpool dan menantikan peluang saya atau sudah sampai masanya untuk memiliki satu lagi tempoh pinjaman atau mencari satu pasukan lain? Buat masa ini, saya tidak tahu jawapannya.
"Segala-galanya masih terbuka.
"Bundesliga liga yang baik dan sepanjang dua tahun ini, saya telah menimba pelbagai pengalaman dan saya fikir saya telah meningkat sebagai seorang pemain," katanya.