Skip to main content

Bola Sepak

Griezmann yakin Barcelona akan bangkit

griezmann-cropped_1io2o1s4grlfy1346kuuutskbq.jpg
Penggempur Barcelona, Antoine Griezmann, yakin prestasi pasaukannya akan meningkat selepas menewaskan Villareal 2-1, awal pagi tadi.

Juara Sepanyol itu melalui permulaan suram musim ini tatkala persembahan yang ditampilkan tidak bermaya berbanding musim sebelumnya.

Situasi itu memberikan tekanan buat pengurus, Ernesto Valverde, dan kemenangan ke atas Villareal meredakan situasi berkenaan walaupun tumpuan tetap terarah kepada mereka.

Penyerang Perancis, Griezmann, menjaringkan gol pertama di Camp Nou awal pagi tadi dan percaya mereka akan kembali menyinar.

"Kami jauh daripada prestasi terbaik," katanya.

"Namun, semuanya akan bertambah baik dalam aksi akan datang.

"Anda harus terus berusaha. Terdapat pemain baru yang datang. Kami cuba melakukan yang terbaik di atas padang."

Griezmann, yang menyertai Barca daripada Atletico Madrid, Julai lalu, sedar terdapat perbezaan harapan di antara dua kelab tersebut.

"Ia bukan Atletico, ia lain," tambahnya.

"Saya tidak begitu teruk, bukan? Tiga gol setakat ini. Saya boleh melakukan lebih baik tetapi perlu terus berusaha."

Valverde menggunakan Griezmann selaku pemain sayap ketika berdepan Villareal dan berasa keunikan penyerang itu mampu menjadi aset di bahagian depan.

"Kami tahu dia datang dan boleh beraksi di beberapa posisi," ujar Valverde.

"Dia berusaha, melibatkan diri dalam perlawanan. Setiap hari, dia meningkatkan prestasi."

Advertisement

Must Watch Video