REAL MADRID 1 ATLETICO MADRID 1
Antoine Griezmann enggan menolak kebarangkalian berpindah ke Real Madrid selepas menjaringkan gol penyamaan dalam aksi 'derby' di Santiago Bernabeu.
Pemain kebangsaan Perancis itu meledak gol ke-15 LaLiga musim ini lima minit sebelum perlawanan tamat untuk membatalkan gol pendahuluan Pepe bagi membantu Atletico meraih satu mata.
Griezmann menjelaskan bahawa dia amat gembira dan jaringannya amat penting buat pasukan dan dirinya sendiri.
Dan pemain berusia 26 tahun itu mahu memastikan dia akan terus menjaringkan gol dalam aksi akan datang, malah menegaskan dia gembira untuk kekal di Atleti.
"Ia merupakan perlawanan yang penting buat kami. Kami memiliki keyakinan yang tinggi sebelum perlawanan bermula dan mahu memberikan yang terbaik," katanya.
"Kami menyedari kami adalah pasukan yang kuat, kekuatan mental merupakan kelebihan kami.
"Ia merupakan perlawanan yang sukar dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Angel Correa yang menghasilkan hantaran untuk saya menjaringkan gol.
"Saya enggan menolak tawaran yang hadir kepada saya pada masa akan datang, tetapi saya gembira ketika ini bersama Atletico."