UEL
Goretzka dikejarkan ke hospital dalam kekalahan Schalke
Tonggak Schalke, Leon Goretzka, dikejarkan ke hospital selepas digantikan berikutan kecederaan kepala yang dialaminya dalam aksi suku akhir kedua Liga Europa menentang Ajax, awal pagi tadi.
Goretzka menjaringkan gol pembukaan di Veltins Arena, namun terpaksa dikeluarkan pada minit ke-84 selepas berlaga dengan penjaga gol Ajax, Andre Onana.
Pemain tengah itu terpaksa dibantu ketika berjalan keluar padang dan Schalke mengumumkan menerusi media sosial, Twitter, sejurus selepas itu dengan memaklukamkan dia telah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan.
Iklan
"Leon Goretzka kini dalam perjalanan ke hospital. Kami masih menunggu diagnosis penuh," menurut kelab itu seperti yang disiarkan di Twitter.
Jaringan Guido Burgstaller mengheret perlawanan ke masa tambahan dan Daniel Caligiuri kelihatan hampir pasti ke separuh akhir menerusi gol ketiga mereka, tetapi Ajax -- yang kehilangan Joel Veltman akibat dibuang padang pada minit ke-80 -- bangkit menerusi Nick Viergever dan Amin Younes untuk mara dengan dramatik.
Schalke akan meneruskan usaha mereka untuk layak ke saingan Liga Europa apabila turun menentang RB Leipzig dalam saingan Bundesliga, Ahad ini.
Must-Watch Video