Skip to main content

Bola Sepak

Giroud mahu samai rekod 30 gol milik Papin

giroud-cropped_yjj0of92120w1madgwwhd2kpm.jpg
Penyerang Arsenal, Oliver Giroud, berhajat untuk menyamai rekod 30 gol yang dilakar Jean Pierre Papin bersama skuad Perancis.

Giroud baru-baru ini meledak golnya yang ke-23 buat Les Bleus untuk tersenarai dalam kelompok 10 penjaring terbanyak, namun pemain berusia 30 tahun itu belum berpuas hati dengan pencapaian tersebut.

"Sudah tentu menduduki ranking ke-10 selaku penjaring terbanyak adalah satu pencapaian membanggakan," Giroud bercakap kepada Arsenal Player.

"Saya sudah menjaringkan 23 gol tetapi saya mahu menyumbang lebih daripada itu. Saya tidak mahu berhenti. 

"Sasaran saya adalah untuk menyamai rekod Papin. Itu bakal menjadi pencapaian terbesar dalam karier saya, kerana itulah saya enggan berhenti di sini. Dia menjaringkan gol-gol yang cantik dan dia adalah wira di zaman kanak-kanak saya.

"Saya sentiasa cuba memberikan segala-galanya untuk Perancis. Saya sudah membuktikan bahawa saya memiliki mentaliti yang kuat untuk berdepan segala kritikan.

"Sebagai penyerang, kami sering menjadi sasaran kecaman jika gagal menjaringakn gol.

"Kami memiliki generasi pemain muda yang mantap dan senario ini bakal membantu Perancis pada masa akan datang. Kami yakin untuk melepasi kelayakan Piala Dunia. Kami mahu muncul juara."

 

Advertisement

Must Watch Video