Ryan Giggs mengakui buat kali pertamanya gementar dalam kerjayanya apabila bakal melakukan penampilan sulung sebagai pengurus Wales.
Legenda Manchester United itu memenangi 13 gelaran Liga Perdana serta menjulang trofi Liga Juara-Juara sebanyak dua kali dalam tempoh dua dekad bergelar pemain.
Bagaimanapun, di sebalik pencapaiannya sebagai pemain -- Giggs beraksi 64 kali untuk Wales -- berasa bimbang menjelang perlawanan menentang China di Nanning.
Pengurus berusia 44 tahun itu merupakan sebahagian kakitangan kejurulatihan di Old Trafford dan sempat berkhidmat sebagai pengurus sementara berikutan pemecatan David Moyes pada 2014, namun kini akan memainkan peranan itu secara sepenuh masa buat julung kalinya.
"Saya lebih gementar berbanding ketika bergelar pemain," kata Giggs.
"Sebagai pemain, saya tidak pernah begitu gugup tetapi bidang pengurusan sangat berbeza kerana terdapat begitu banyak perkara untuk difikirkan.
"Sebagai pemain, anda cukup mementingkan diri sendiri dan memastikan anda melaksanakan tugas anda bersama pasukan tetapi sebagai pengurus, anda sentiasa memikirkan: 'Adakah anda terlupa apa-apa? Apa yang boleh diperbaiki?'
"Jadi, ia mengenai persiapan terbaik di samping kakitangan saya, kemudian anda akan menilai apakah anda boleh melakukannya lebih baik lagi dan apakah pendekatan terbaik yang telah dilakukan.
"Ia berbeza daripada menjadi pemain," katanya.
Giggs berdepan tugas sukar untuk mengikuti jejak Chris Coleman, yang mengetuai Wales ke separuh akhir Euro 2016 sebelum meletak jawatan pada November lalu ekoran kegagalan layak ke Piala Dunia 2018.
"Perkara paling penting adalah memenangi perlawanan tetapi dengan cara yang betul, sama seperti ketika saya bergelar pemain," tambah Giggs.
"Anda ingin menampilkan aksi menarik dan menghiburkan, namun anda perlu melakukan asas-asas seperti bekerja keras juga.
"Saya bernasib baik mewarisi sebuah pasukan yang memiliki semangat berpasukan yang baik, setiap pasukan yang berjaya perlu mempunyai semangat berpasukan yang baik."
Wales akan turun tanpa Aaron Ramsey untuk menghadapi Piala China yang melibatkan empat negara termasuk Uruguay dan Republik Czech sambil Gareth Bale merupakan sebahagian daripada skuad.