Skip to main content

Bola Sepak

Final Copa del Rey: Real Madrid lancar boikot tanda protes pengadil

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

real-madrid.jpg
Real Madrid menyelar pengadil yang akan ditugaskan dalam perlawanan akhir Copa del Rey, awal pagi esok, setelah melabelkan tekanan daripada saluran televisyen kelab itu adalah sesuatu yang 'tidak boleh diterima' malah akan memboikot semua program praperlawanan sebagai protes.

Media Sepanyol melaporkan mereka mungkin memboikot perlawanan akhir itu sekiranya pengadil perlawanan untuk pertembungan dengan musuh ketat, Barcelona, tidak digantikan.

“Kenyataan ini... dibuat secara terancang 24 jam sebelum perlawanan akhir menentang salah seorang pencabar. Ini sekali lagi menunjukkan satu permusuhan yang jelas lagi nyata mengenai pengadil ini terhadap Real Madrid,” kata Los Blancos dalam satu kenyataan.

Real Madrid enggan mengambil bahagian dalam rutin sidang akhbar latihan terbuka di hadapan media, majlis makan malam bersama presiden LaLiga termasuk acara bergambar sebelum perlawanan.

Minggu ini, saluran televisyen kelab yang berpangkalan di ibu kota Sepanyol itu menyiarkan sebuah video untuk menyerang krebiliti pengadil sempena perlawanan akhir di La Cartuja di Seville itu, satu bentuk serangan yang telah mereka lakukan terhadap beberapa pegawai musim ini.



Pengadil utama perlawanan Ricardo de Burgos Bengoetxea, pula bersikap sinis ketika bercakap mengenai tekanan yang dihadapi pegawai daripada Real Madrid TV sejak beberapa bulan lalu.

“Real Madrid menganggap kenyataan awam yang dibuat oleh pengadil akhir Copa del Rey tidak boleh diterima,” kata kelab itu dalam kenyataan mereka.

Tindakan Madrid yang membangkitkan beberapa isu dibidas pengadil video bantuan pengadil (VAR) perlawanan akhir itu, Pablo Gonzalez Fuertes, yang menegaskan bahawa pengadil bersatu hati dan ingin mengambil tindakan kolektif terhadap tekanan daripada Real Madrid TV.

Madrid menganggapnya ia "bernada mengancam" serta mencadangkan tindakan itu adalah "jauh bertentangan dengan prinsip keadilan, objektiviti dan kesaksamaan" untuk perlawanan akhir.

Advertisement

Must Watch Video