Penjaga gawang The Red Warriors (TRW), Mohammad Fikri Che Soh, menggesa benteng pertahanan kembali fokus untuk menghadapi cabaran getir menentang pendahulu, Johor Darul Ta'zim (JDT) II, dalam aksi terakhir Kumpulan A, Piala Cabaran di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, malam ini.
Katanya, kekalahan 2-0 kepada Sarawak di gelanggang sendiri bulan lalu patut dilupakan dan semua permain perlu mencari jalan memburu kemenangan ke atas skuad kendalian Ervin Boban itu untuk lolos ke separuh akhir.
"(Ia) aksi hidup-mati di gelanggang lawan selepas kami melepaskan peluang untuk layak lebih awal ke separuh akhir.
"Kami sedar satu perlawanan yang sukar menentang Harimau Selatan, namun dalam bola sepak, sebarang kemungkinan boleh berlaku. Kami mahu mencipta kejutan.
"Kami juga telah buktikan mampu berikan cabaran sengit kepada mereka (JDT II) apabila kalah tipis 1-0 dalam perlawanan pusingan pertama di Kota Bharu," katanya.
Fikri, yang juga bekas penjaga gawang Perlis, berharap dua penyerang import JDT II diberi kawalan ketat jika tidak mahu berputih mata.
"Sudah tentu benteng pertahanan Kelantan perlu mengawasi kelincahan bekas awang import Kelantan, Mohamad Ghaddar dan Nicolas Alberto Fernandez.
"Saya juga berjanji meningkatkan komunikasi dengan barisan pertahanan yang diketuai kapten, Farisham Ismail, untuk pastikan gawang tidak bocor," ujarnya.
Kredit Foto: Kelantan FA Red Warriors