Laporan dari Turki menunjukkan 11 das tembakan dilepaskan ke arah bangunan di Istanbul ketika ahli lembaga badan itu mengadakan mesyuarat di dalamnya, mujur tiada siapa yang tercedera.
Menteri Dalam Negeri Turki, Suleyman Soylu, berkata dua suspek ditahan sejurus kejadian itu berlaku dan menyifatkan mereka sebagai "mabuk", tetapi siasatan masih diteruskan.
Badan induk bola sepak FIFA dan UEFA mengecam tindakan itu sambil menyatakan kelegaan kerana tiada kecederaan yang dialami.
“Satu tindakan keganasan senjata api yang mengerikan terhadap rakyat dan harta benda Persatuan Bola Sepak Turki (TFF) telah berlaku di ibu pejabat TFF di Istanbul,” kata kenyataan itu.
FIFA lifts suspension of All India Football Federation
— FIFA Media (@fifamedia) August 26, 2022
More here ? https://t.co/GV7VBP7TC9 pic.twitter.com/tfGdy9UrnK
“Walaupun kami berasa lega kerana perbuatan ini tidak mengakibatkan kecederaan, kami kesal kerana masih ada orang yang mampu melakukan jenayah sedemikian tanpa menghormati nyawa atau keselamatan manusia.
"FIFA dan UEFA bersama-sama mengutuk tindakan ganas ini dan menyatakan sokongan penuh kami kepada TFF dan kakitangannya dalam tempoh sukar ini. Keganasan adalah penyakit yang tidak boleh diterima dalam apa jua bentuk."
Bekas pemain antarabangsa Bayern Munich, Real Madrid dan Turki, Hamit Altintop, yang kini merupakan salah seorang pemimpin TFF turut berada di dalam bangunan ketika kejadian.
“Kami meniarap ke lantai sebaik mendengar tembakan,” katanya kepada akhbar harian, Milliyet.