Apabila FIFA dan ASEAN menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) baharu di Kuala Lumpur pada 26 Oktober 2025, ramai melihatnya sekadar pengumuman satu lagi kejohanan bola sepak serantau. Namun di sebalik acara rasmi itu, lahirlah sesuatu yang jauh lebih besar iaitu FIFA ASEAN Cup, kejohanan yang berpotensi mengubah landskap bola sepak dan pembangunan sukan di Asia Tenggara untuk dekad akan datang.
Kejohanan ini diumumkan secara bersama oleh Presiden FIFA, Gianni Infantino, dan Setiausaha Agung ASEAN, Kao Kim Hourn, sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47. Ia melibatkan kesemua 11 negara anggota ASEAN dan bertujuan membangunkan bola sepak serantau secara menyeluruh, daripada pembangunan pemain muda, pengukuhan infrastruktur, sehinggalah kepada penjenamaan global bola sepak ASEAN.
Namun di luar padang, peluang terbesar mungkin bukan hanya untuk atlet atau jurulatih, tetapi untuk Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang mempunyai pengkhususan dalam bidang sukan. Inilah masa untuk universiti-universiti di rantau ini membuktikan peranan sebenar mereka sebagai rakan strategik pembangunan industri sukan — bukan sekadar pemerhati.
Kejohanan ini membuka ruang luas kepada IPT untuk menjadi sebahagian daripada struktur pembangunan bola sepak ASEAN. Dengan kelulusan MoU FIFA–ASEAN yang menekankan lima bidang utama; pembangunan bola sepak, integriti dan tadbir urus, inklusiviti sosial, kelestarian, serta diplomasi serantau , universiti berada pada kedudukan terbaik untuk menerjemahkan visi tersebut ke dalam tindakan.
Institusi pendidikan boleh memainkan pelbagai peranan. Pertama, sebagai pusat penyelidikan dan analisis dasar sukan, IPT boleh menjalankan kajian impak ekonomi, sosial dan komuniti yang berkaitan dengan penganjuran kejohanan. Ini termasuk penyelidikan tentang kesan kepada pelancongan sukan, peluang pekerjaan, serta peningkatan kesedaran masyarakat terhadap gaya hidup aktif.
Kedua, IPT berupaya menjadi penyedia tenaga kerja dan latihan profesional. Kejohanan bertaraf FIFA memerlukan ribuan pegawai teknikal, petugas logistik, juruanalisis data, sukarelawan dan tenaga media yang berkemahiran tinggi. Universiti boleh menawarkan kursus jangka pendek atau sijil profesional dalam bidang seperti Sports Event Management, Sports Broadcasting, Sustainability in Sport, dan Football Marketing.
Melalui penglibatan langsung dengan kejohanan FIFA ASEAN Cup, pelajar bukan sekadar memperoleh ilmu teori, mereka merasai pengalaman sebenar industri sukan antarabangsa. Pelajar pengurusan sukan boleh terlibat dalam perancangan acara, pelajar komunikasi sukan dalam penyiaran dan liputan, manakala pelajar sains sukan pula dalam analisis prestasi pasukan.
Inilah bentuk pembelajaran berasaskan pengalaman (experiential learning) yang selama ini ditekankan oleh universiti moden. Graduan yang terbabit secara langsung dalam projek antarabangsa seperti ini mempunyai nilai tambah luar biasa apabila melangkah ke pasaran kerja, sama ada di sektor sukan profesional, pelancongan, media, atau sektor korporat.
Tambahan pula, IPT yang terlibat akan mendapat reputasi antarabangsa sebagai pusat kecemerlangan pembangunan sukan ASEAN, seiring dengan peranan universiti di Qatar dan Jepun yang menyokong FIFA Arab Cup 2021 dan Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Walaupun potensinya besar, kejohanan ini datang bersama cabaran yang memerlukan perancangan rapi. Format dan jadual pertandingan masih dalam proses dimuktamadkan, dan kemungkinan bertindih dengan kalendar AFF Cup atau liga domestik perlu ditangani.
Selain itu, keperluan teknikal FIFA yang ketat seperti fasiliti latihan, sistem penyiaran digital, serta piawaian keselamatan antarabangsa, menuntut komitmen tinggi daripada negara anggota dan rakan akademik yang terlibat. IPT perlu bersedia dari segi kepakaran, sumber manusia dan teknologi agar mampu berperanan secara berkesan.
Namun seperti yang dibuktikan oleh Qatar dan Jerman, apabila universiti dilibatkan sejak awal dalam ekosistem kejohanan antarabangsa, hasilnya bukan sahaja kejayaan teknikal tetapi juga legasi ilmu dan inovasi yang kekal lama selepas wisel penamat ditiupkan.
FIFA ASEAN Cup bukan semata-mata kejohanan bola speak. Ia simbol penyatuan ASEAN melalui pendidikan dan pengetahuan. Inilah peluang untuk melahirkan “ASEAN Sports Academic Network (ASAN)”, satu konsortium universiti serantau yang bekerjasama dalam penyelidikan, latihan profesional dan pembangunan komuniti sukan.
Sekiranya dilaksanakan dengan terancang, IPT bukan sahaja menyumbang kepada kejayaan kejohanan ini, malah menjadi penggerak utama ke arah industri sukan ASEAN yang mapan, berdaya saing dan beridentiti sendiri.
Di tengah-tengah kegairahan bola sepak yang bakal menyatukan rantau ini, kita tidak harus lupa bahawa kejohanan seperti FIFA ASEAN Cup juga merupakan medan ujian kepada keupayaan universiti tempatan dan serantau untuk menyumbang secara bermakna.
Melalui penyelidikan, latihan profesional dan keterlibatan komuniti, IPT mampu memastikan bahawa kejohanan ini bukan sekadar perlawanan di atas padang, tetapi sebuah transformasi menyeluruh, dari bilik kuliah ke pentas antarabangsa.
Dr Mohd Firdaus Bin Abdullah
Timbalan Dekan Pembangunan
Fakulti Sukan dan Sains Eksesais, Universiti Malaya
Gear Up Sekarang

Nike Phantom 6 Low Academy
Control lebih kemas, larian lebih laju & sepakan lebih padu setiap game.
Gear Up Sekarang