BARCELONA 5 VALENCIA 2
Ketua jurulatih Barcelona, Ernesto Valverde, menyifatkan Ansu Fati sebagai "sesuatu yang istimewa" selepas pemain muda itu membintangi kemenangan 5-2 ke atas Valencia di Camp Nou awal pagi tadi.
Memulakan penampilan pertamanya, Fati hanya memerlukan tujuh minit untuk mencipta impak dengan menjaringkan gol pembukaan sebelum membantu Frenkie de Jong menjaringkan gol kedua Barca.
Fati, yang baru berusia 16 tahun dan 318 hari, menjadi pemain termuda dalam kesebelasan utama yang menjaringkan gol dalam sejarah LaLiga, dan pemain termuda menjaringkan gol dan menghasilkan bantuan jaringan dalam LaLiga sepanjang abad ke-21.
Valverde memuji pemain muda itu -- yang menjaringkan dua gol dalam LaLiga buat Barca -- di atas prestasinya yang disifatkan sebagai di luar jangkaan.
"Dia pemain yang istimewa. Dalam umur sebegitu, dia kelihatan amat matang," katanya kepada Movistar.
"Apa yang anda lihat ketika latihan, anda dapat lihatnya di sini.
"Hari ini merupakan sesuatu yang perlu diperbesarkan.
"Dia menjaringkan gol, menghasilkan bantuan jaringan dan hampir menambah satu gol lagi," katanya.
Fati membantu jaringan kedua Barca sebelum gol Gerard Pique dan jaringan berganda Luis Suarez dalam babak kedua membolehkan skuad bimbingan Valverde itu meraih tujuh mata daripada empat perlawanan LaLiga.
Di sebalik sensasi yang diterbitkan Fati, Valverde tidak gusar andai pemain itu dibanding-bandingkan dengan bintang besar pasukannya, Lionel Messi, yang masih diketepikan gara-gara kecederaan betis.
"Saya tidak gusar tentang perbandingan.
"Bola itu akan menjadi terlalu besar dan kami perlu mengempiskannya sedikit," katanya.
Barca meduduki tangga keempat buat ketika ini dengan ketinggalan di belakang Atletico Madrid (sembilan mata), Real Madrid (lapan) dan Athletic Bilbao (lapan).
Mengenai perlawanan itu, Valverde memuji prestasi pasukannya, khususnya dalam babak kedua.
"Perkara terbaik adalah kami turun dengan keazaman tinggi, cuba menjaringkan gol dan ia tiba.
"Adakalanya kami berada dalam keadaan bahaya apabila meletakkan terlalu ramai pemain di bahagian serangan dan membuka ruang untuk lawan melakukan serangan balas.
"Mereka mempunyai pemain yang pantas dan kami telah melakukannya dengan baik dalam babak kedua," katanya lagi.
Barca seterusnya akan menghadapi Borussia Dortmund dalam perlawanan pembukaan Liga Juara-Juara Eropah, Rabu ini.