BOLA SEPAK MSIA
FAM kenal pasti calon pengendali Harimau Malaya
Beberapa calon jurulatih luar negara telah dikenal pasti Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi menggalas tanggungjawab sebagai pengendali Harimau Malaya.
Presidennya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berkata calon-calon yang dikenal pasti itu turut menyatakan minat mereka untuk mengendalikan pasukan itu namun enggan bertindak terburu-buru berikutan kekangan kewangan yang dihadapi FAM ketika ini.
“Kita sudah berjumpa dengan beberapa calon yang berminat dan menerangkan kepada mereka mengenai perancangan dan projek yang kita mahu sasarkan.
Iklan
“Mereka faham apa kehendak dan sasaran kita termasuk pengendali skuad kebangsaan Australia yang turut berminat, namun, ketika ini, dia masih terikat dengan komitmen bersama pasukan itu.
“Tetapi kita melihat kepada perancangan bagi jangka panjang. Apapun, mungkin dalam beberapa minggu lagi, kita akan dapat keputusannya,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat EXCO FAM kali pertama bagi penggal 2017-2021 di sini, hari ini.
Must-Watch Video