Skip to main content

Bola Sepak

Fabregas: Mbappe mampu bergelar terbaik dunia

kylian-mbappe-and-lionel-messi.jpg
Cesc Fabregas yakin Kylian Mbappe akan berjaya seperti Lionel Messi dan menjadi pemain terbaik dunia.

Mbappe menjaringkan 33 gol dalam saingan Ligue 1 musim lalu, muncul penjaring terbanyak saingan ketika membantu Paris Saint-Germain menjuarai liga buat kali keenam dalam tujuh musim.

Pemain berusia 20 tahun itu juga mencetak empat gol buat Perancis ketika muncul juara dunia di Russia di samping menamatkan tempat keempat dalam undian anugerah Ballon d'Or.

Kapten Barcelona, Messi, di tempat kelima, terlepas peluang untuk merangkul anugerah individu itu buat kali keenam selepas Argentina tewas kepada Perancis dalam pusingan 16.

Ditanya jika terdapat pemain yang mampu mencapai tahap yang sama dengan Messi pada masa akan datang, Fabregas berkata, "Saya berasakan ia sesuatu yang mustahil

"Kami telah menyaksikan pemain seperti Ronaldo dan Ronaldinho, pemain-pemain yang berkualiti tetapi Messi telah mengekalkan tahap permainan yang terbaik selama 15 tahun. Dia kini memasuki musim ke-17 dan dia masih lagi bermain seperti berusia 18 tahun.

"Saya telah melihat perkara yang anda mungkin tidak akan percaya. Setiap tiga hari, dia menjaringkan gol, dia bermain untuk Argentina, mengalami masalah dengan perubahan masa, namun berjaya menjaringkan hatrik. Ia adalah sesuatu yang tidak normal, percayalah."

Pemain tengah Monaco, Fabregas, dapat menyaksikan Mbappe dengan lebih dekat sejak berkelana ke kelab Ligue 1 itu daripada Chelsea, Januari lalu.

"Dia seperti fenomena. Jelas sekali satu hari nanti dia mampu menjadi pemain terbaik dunia," kata Fabregas lagi.

"Saya sentiasa berfikir seperti pemain tengah dan jika saya bergandingan bersama Mbappe, saya akan sentiasa melakukan bantuan jaringan kerana dia sangat pantas dan bijak melepasi pertahanan lawan."

Advertisement

Must Watch Video