EVERTON 4 LEICESTER CITY 2
Penyerang The Toffees, Romelu Lukaku, mencabar pasukannya untuk terus bersaing memperbaiki kedudukan bagi memintas Manchester United dan Arsenal dalam kedudukan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Tom Davies membuka jaringan buat Everton pada minit pertama perlawanan sebelum Leicester bangkit menjaringkan dua gol pantas menerusi Islam Slimani dan Marc Albrighton.
Lukaku menyamakan kedudukan pada minit ke-23 selepas berjaya menemui hantaran silang Ross Barkley dan kapten pasukan, Phil Jagielka, meletakkan pasukan tuan rumah di hadapan empat minit sebelum tamat separuh masa pertama.
Leicester bolos buat kali keempat dalam separuh masa kedua apabila Lukaku sekali lagi merobek gawang gol dan membantu pasukan kembali ke rentak kemenangan.
Pemain kebangsaan Belgium itu, yang telah dilaporkan bakal berhijrah ke kelab lain musim hadapan setelah menolak tawaran baru untuk kekal bersama Everton, kini telah mencetak 23 gol dalam EPL.
Dia mahu jaringannya bertukar kepada penamat saingan liga yang lebih baik buat Everton, yang kini sedang menduduki tangga ketujuh.
"Kami memiliki kelebihan beraksi di laman sendiri dan kami berjaya melakukan yang terbaik -- Everton perlu melakukan perkara yang sama ketika berkunjung ke laman lawan," kata Lukaku.
"Kami mahu bersaing dengan Manchester United dan Arsenal. Kami perlu memenangi perlawanan akan datang untuk memintas mereka."