LIGA INGGERIS
Everton mahu balas dendam -- Schneiderlin
Morgan Schneiderlin memberi amaran bahawa Everton akan bangkit dalam misi membalas dendam apabila berdepan Chelsea dalam aksi Liga Perdana Inggeris, Ahad ini.
Skuad kendalian Ronald Koeman tewas 5-0 di Stamford Bridge, November lalu, menerusi gol oleh Marcos Alonso, Diego Costa, Pedro dan dua gol oleh Eden Hazard.
Schneiderlin bukan sebahagian daripada pasukan itu kerana dia masih bersama Manchester United, namun pemain antarabangsa Perancis itu -- yang berhijrah ke Goodison Park pada Januari -- bertegas rakan sepasukannya mahu bangkit.
Iklan
"Sudah tentu apa yang berlaku sebelum ini akan terngiang-ngiang dalam kepala semua pihak," Schneiderlin memberitahu Omnisport.
"Mereka mahu membalas dendam atas kekalahan itu.
"Namun, fokus kami adalah memberikan persembahan terbaik pada Ahad ini. Kami perlu memastikan mereka tidak mempunyai ruang untuk bergerak kerana Chelsea memiliki ramai pemain berkualiti.
"Penting untuk kami mengekori rapat setiap pemain mereka. Tetapi pada masa sama, kami yakin untuk menang."
Everton membayar GBP22 juta untuk mendapatkan Schneiderlin dari Manchester United dan pemain berusia 27 tahun itu berkata dia menikmati setiap saat di Goodison Park selepas gagal membarisi kesebelasan utama di Old Trafford.
"Terdapat persefahaman baik di antara pemain muda dan pemain senior," tambah Schneiderlin. "Kami datang daripada latar belakang berbeza tetapi kami sering berinteraksi antara satu sama lain.
"Pemain muda di sini sering bersedia mendengar apa yang perlu diperkatakan pemain senior.
"Saya gembira berada di sini, tambahan pula mendapat peluang untuk beraksi dalam setiap perlawanan. Kini, saya hanya mahu meningkatkan lagi permainan saya."
Must-Watch Video