Skip to main content

Bola Sepak

Erik ten Hag sangkal kemunduran Manchester United

ten-hag_1.jpg
Erik ten Hag sedar Manchester United berdepan rintangan berliku dalam perkembangan mereka tetapi menolak tanggapan bekas pertahanan Liverpool, Jamie Carragher, bahawa barisannya kian mundur musim ini.

Semua peminat akan tertumpu kepada pertemuan di Old Trafford pada malam ini tatkala The Red Devils memburu kemenangan 'derby' menentang juara 'treble', Manchester City.

United melangkah ke perlawanan ini selepas terpaksa bertungkus-lumus meraih kemenangan ketiga berturut-turut dalam dengan Andre Onana menyelamatkan sepakan penalti pada saat akhir ketika mereka melakar kemenangan 1-0 ke atas Copenhagen dalam Liga Juara-Juara, pertengahan minggu ini. 

Ia adalah satu lagi kemenangan tipis yang dicatat anak buah Ten Hag tetapi pengurus itu menyedari mereka perlu melipat gandakan mutu persembahan sekiranya ingin mengungguli derby Manchester ke-191 itu. 

"Kami berada di landasan yang tepat dan kami mempunyai cara tersendiri untuk berjuang," kata pengurus United itu.

“Saya nampak perkembangan positif, beigtu juga negatif. Kami tidak tekal dalam soal penguasaan bola yang tidak mencapai tahap sebenar. Kami pernah membuktikan mampu menjelmakannya. 

“Sebagai contoh ketika bertemu Arsenal di tempat lawan termasuk 30 minit pertama di Bayern Munich. Tetapi kami harus melakukannya dengan tekal.

“Untuk memberi tekanan ke benteng lawan, kami cukup bagus. Kami mempunyai rekod rampasan bola terbanyak dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), kami mempunyai perolehan semula tertinggi dari kawasan tengah dalam kancah ini. 




 



“Jadi anda boleh lihat organisasi pertahanan dan tekanan yang kami berikan. Sebelum musim bermula lagi saya telah katakan bahawa begitulah corak yang saya ingin terapkan. 

“Tetapi apabila kami tidak memanfaatkan detik peralihan menyerang selain kami sepatutnya mempunyai kebolehan sedemikian, iaitu pemain boleh menterjemahkannya. 

"Kami memberi perhatian kepada aspek ini ia perlu berkembang. Kemudian permainan kami akan menjadi lebih mudah.”

Advertisement

Must Watch Video