Tottenham tiada keinginan untuk menjual Harry Kane musim panas ini, demikian dilaporkan agensi berita, PA.
Penjaring terbanyak sepanjang zaman kelab itu sedang menghampiri tenpoh 12 bulan terakhir dalam kontraknya dan terdapat laporan mendedahkan bahawa Bayern Munich sedia mengeluarkan perbelanjaan sebanyak €70 juta (RM357.78 juta) untuk mendapatkan khidmat kapten England itu.
PA difahamkan Spurs masih belum menerima sebarang tawaran rasmi daripada kelab juara Bundesliga berkenaan dan sebarang tawaran yang dikemukakan akan ditolak serta-merta.
Pendirian Tottenham untuk tidak menjual Kane kekal sepanjang beberapa jendela perpindahan ini walaupun pemain berusia 29 tahun itu, yang hangat dikaitkan dengan Manchester City pada 2021, terus menarik minat pasukan-pasukan gergasi lain.
Selama ini, Kane memilih untuk kekal bersama kelab sejak zaman remajanya itu, di mana dia memecahkan rekod sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman mereka pada Februari lalu dengan gol kemenangan ke atas pasukan bimbingan Pep Guardiola, City.
Ia menyaksikan Kane mengatasi rekod Jimmy Greaves, yang menjaringkan 266 gol buat Spurs, di mana rekod itu bertahan lama sejak 1970.
Sasaran seterusnya buat Kane adalah untuk mengatasai rekod 260 gol yang dilakukan Alan Shearer dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).