Ketua jurulatih, Pep Guardiola, menerima hakikat bahawa Manchester City sememangnya tiada penyudah serangan tatkala tewas 0-2 kepada pendahulu, Liverpool, di tempat sendiri, awal pagi tadi.
The Citizen memiliki banyak peluang dengan 16 percubaan ke berbanding pasukan lawan (8), namun jaringan Mohamed Salah dan Dominik Szoboszlai pada separuh masa pertama sudah cukup memberikan tiga mata penuh dan menjarakkan kedudukan 11 mata dengan pencabar terdekat, Arsenal.
Bekas pengendali Barcelona itu mengakui mereka perlu lebih klinikal di depan gol lebih-lebih lagi jika bermain di Stadium Etihad.
"Kami bermain dengan sangat baik. Mungkin kami terlepas banyak peluang meskipun kami bermain menentang pasukan yang hebat.
"Pada separuh masa kedua mereka bertahan dengan sangat bagus. Kami telah melakukan sesuatu yang belum kami cuba dalam banyak perlawanan sebelum ini iaitu kami memberi tekanan di dalam kotak penalti mereka sendiri.
"Kami terlepas untuk menjaringkan gol. Mustahil untuk melakukan hantaran silang hampir kerana saiz pertahanan mereka menjadi kelebihan utama The Reds," katanya selepas aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.
Guardiola kini telah tewas 10 kali menentang Liverpool, paling banyak dikalahkan oleh lawan dalam kariernya.
Kekalahan tersebut menyebabkan juara bertahan itu berada di tangga keempat dengan 20 mata di belakang Liverpool.
Jurulatih kelahiran Sepanyol itu mengakui pasukannya kini terlalu 'jauh' daripada tempat yang mereka perlukan.
"Jika anda kalah, anda perlu kalah seperti kami kalah hari ini. Saya melihat banyak perkara yang kelab ini mempunyai masa depan yang cerah dengan pemain yang kami ada.
"Kami jauh. Kami akan memperbaharuinya pada masa hadapan. Apa yang kami lakukan pada musim-musim sebelumnya adalah baik tetapi kini kami jauh daripada mereka. Kami bermain dengan personaliti yang sangat bagus," tambahnya.

Today was the first time Man City have lost to Liverpool at home under Pep Guardiola! ? pic.twitter.com/kBmBAQ8MNs
— Premier League (@premierleague) February 23, 2025