Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Penyokong Tottenham digantung tiga tahun persenda tragedi Hillsborough

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hillsborough.jpg
Seorang penyokong Tottenham digantung tiga tahun daripada menghadiri sebarang perlawanan bola sepak selepas didapati bersalah mempersendakan  tragedi Hillsborough.

Crown Prosecution Service berkata Kieron Darlow, 25, dari Welwyn, melakukan perkara itu sewaktu perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di antara Liverpool dan Spurs di Anfield pada 30 April lalu.

Andrew Page dari CPS Mersey Cheshire berkata: “Darlow mengakui membuat isyarat kepada penyokong Liverpool dan ia merujuk kepada bencana Hillsborough.

“Dia mengakui bahawa ia adalah untuk menggambarkan penyokong tanpa tiket telah ditolak ke depan dalam tragedi itu dan harus dipersalahkan kerana menjadi punca yang membawa kepada kematian ramai mangsa.

"Dia mengakui di mahkamah bahawa dia sememangnya berniat untuk menunjukkan kepada penyokong Liverpool kelakuannya itu agar mereka berasa terganggu, cemas dan tertekan. Dia juga mengaku bahawa tindakannya itu tidak boleh diterima dan menyesal dengan perbuatannya."

Sebagai rekod, 97 penyokong Liverpool terbunuh dalam tragedi Hillsborough pada 1989.
 

Advertisement

Must Watch Video