Erik ten Hag menegaskan bahawa dia tidak pernah menyesal memilih untuk menjadi pengurus Manchester United.
United menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di tempat ketiga, layak ke final Piala FA dan menamatkan kemarau enam tahun tanpa trofi dengan menjuarai Piala Liga Inggeris (EFL) dalam musim pertama Ten Hag bergelar pengurus pasukan itu.
Bagaimanapun, musim kedua pengurus dari Belanda berkenaan tidak seperti yang diharapkan apabila United kini menduduki tangga kelapan liga dan gagal melayakkan diri ke kejohanan Eropah.
Dengan hanya berbaki setahun dalam kontraknya, Ten Hag kini berada dalam keadaaan tertekan dengan rentetan keputusan buruk yang diperoleh United, termasuk kekalahan 0-4 kepada Crystal Palace minggu lalu, dan yang terbaru tewas 0-1 kepada Arsenal di laman sendiri awal pagi tadi.
"Saya tidak pernah rasa menyesal untuk berada di sini.
"Ini sebuah kelab yang besar, Anda tidak tahu cabaran yang akan anda hadapi sehinggalah anda tiba di sini.
"Tetapi ini cabaran yang saya mahukan," katanya.