Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Brentford ikat Kevin Schade dengan rekod termahal

kevin-schade.jpg
Brentford melengkapkan proses menandatangani penyerang Jerman, Kevin Schade, secara tetap dengan rekod termahal kelab itu sekitar £20 juta (RM115.82 juta).

Schade, 21, pada awalnya menyertai The Bees secara pinjaman daripada Freiburg pada Januari lalu dan kini menandatangani kontrak tetap selama lima tahun.

Pengarah Bolasepak Brentford, Phil Giles, berkata dalam laman web rasmi kelab itu: "Ketika Kevin dipinjam pada Januari lalu, kami bersetuju dengan Freiburg bahawa perpindahannya boleh menjadi perpindahan tetap musim panas ini seandainya syarat yang kami tetapkan dipenuhi, termasuk Brentford kekal bersaing dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim seterusnya.

"Kami semua berpuas hati dengan sumbangan Kevin setakat ini, baik di luar atau di dalam padang dan sikap profesionalnya, jadi untuk memilikinya sehingga 2028 merupakan sesuatu yang hebat buat kelab ini.

"Kami berharap Kevin dan Brentford dapat berkembang dengan lebih pesat di sini dan bersedia menanti cabaran yang akan datang," katanya.

Untuk rekod, Schade melakukan 19 penampilan bersama The Bees sejak pertengahan musim lalu.
 

Advertisement

Must Watch Video