Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Arteta 'mengamuk' dengan keputusan pengadil meskipun menang tipis

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mikelarteta.jpg
Ketua jurulatih, Mikel Arteta, berang dengan keputusan pengadil yang melayangkan kad merah kepada Myles Lewis-Skelly pada minit ke-43 meskipun Arsenal berhasil mencuri tiga mata penuh di Stadium Molineux, awal pagi tadi.

Perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu menyaksikan pemain berusia 18 tahun itu dibuang oleh pengadil, Michael Oliver, padang sejurus mengasari Matt Doherty yang memaksa Arsenal bermain 10 orang dalam tempoh yang lama.

Begitupun, pemain Wolverhampton Wanderers, Joao Gomes, juga dikenakan hukuman sama pada minit ke-70, sekali gus mengimbangi aksi kedua-dua pasukan itu.

Pengendali kelahiran Sepanyol itu tidak berpuas hati dengan beberapa keputusan yang dibuat oleh pengadil seolah-olah menginginkan The Gunners keciciran mata di tempat lawan.

 

"Saya menyerahkan kepada peminat untuk menilai permainan malam tadi.

"Saya benar-benar marah kerana ia sangat jelas sekali. Saya tidak fikir kata-kata saya akan membantu," katanya.

Ketika diitanya sama ada Arsenal akan merayu kepada badan induk penguruan pengadil berkenaan layangan kad merah itu, Arteta berkata: "Biarkan kelab menentukannya.

Riccardo Calafiori menjadi wira pasukan pelawat selepas kemasukannya memberi impak segera untuk mengubah situasi permainan.

Arsenal kini mempunyai lebih banyak gol yang dijaringkan oleh pemain pertahanan musim ini (lapan) berbanding pasukan lain dalam liga.

Dengan kecemerlangan itu, Arsenal mengekalkan rekod bersih di tempat lawan sebanyak 10 perlawanan.

"Pemain menonjolkan persembahan luar biasa.

"Ia mengenai keperibadian pasukan, keberanian dan kecerdasan untuk bermain . Ia luar biasa," tambahnya.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video