Skip to main content

Bola Sepak

Enzo Fernandez yakin Chelsea akan jadi semakin bagus dari semasa ke semasa

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

enzo-fernandez.jpg
Enzo Fernandez yakin Chelsea akan menjadi semakin bagus dari semasa ke semasa.

Pemenang Piala Dunia bersama Argentina itu merupakan pemain termahal dibeli Chelsea pada Januari lalu, di mana The Blues memecahkan rekod perpindahan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan mengeluarkan perbelanjaan £106 juta (RM580.77 juta) kepada Benfica untuk mendapatkan pemain tengah itu.

Chelsea sejak itu bergelut dalam saingan liga, di mana mereka kini menduduki tangga ke-11 dan Graham Potter menjadi pengurus kedua dipecat di Stamford Bridge musim ini.

Potter setidak-tidaknya berhasil membawa Chelsea ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dan menjuarai kejohanan itu kini dilihat  satu-satunya peluang mereka untuk melayakkan diri bagi edisi musim depan.

Bagaimanapun, Fernandez dan rakan sepasukannya perlu terlebih dahulu menghadapi juara bertahan, Real Madrid, bagi penentuan ke separuh akhir, di mana tugasan melatih kelab itu kini disandang legenda mereka, Frank Lampard, yang memainkan peranannya secara interim.

Tugas mengatasi Madrid kelihatan sukar buat Chelsea tetapi Fernandez yakin pasukan barunya itu akan kembali ke landasan yang sepatutnya.
 
"Menyesuaikan diri sentiasa memerlukan masa, bertemu pemain lain," katanya kepada UEFA.com.

"Saya antara 10 pemain baru yang menyertai pasukan ini. Ia sukar dengan bahasa yang berbeza, jadi pada mulanya agak sukar untuk berkomunikasi dengan rakan sepasukan.

"Dari semasa ke semasa, kami mula mengenali rakan sepasukan kami dengan lebih  baik dan ia akan menjadi semakin baik selepas ini.

"Adakah saya sudah mula serasi dengan Kai Havertz dan Joao Felix? Kami ada persefahaman itu, termasuk di luar padang, tetapi kami mempunyai ramai pemain yang baik.

"Kesemua penyerang kami memiliki kelas dan kualiti, jadi semua mereka boleh bermain di tahap teringgi," katanya.
 

Advertisement

Perlawanan Akan Datang

competition-logo
Liga Juara-Juara Eropah (UCL)
Selasa, 20 Jan
League Phase
11:30 PM
FC Kairat Almaty-team-logo FC Kairat Almaty
Club Brugge-team-logo Club Brugge

Must Watch Video