Skip to main content

Bola Sepak

Enrique samai rekod Guardiola dalam El Clasico

24417luis-enrique.jpg
Luis Enrique menyamai Pep Guardiola dan menjadi jurulatih Barcelona kedua memenangi dua perlawanan berturut-turut menentang Real Madrid dalam LaLiga di Santiago Bernabeu.

Barcelona menewaskan Real 3-2 dalam aksi El Clasico awal pagi tadi, dengan Lionel Messi menjaringkan gol keduanya dalam perlawanan -- dan golnya yang  ke-500 untuk kelab -- menerusi sepakan terakhir perlawanan.

Ivan Rakitic mencatat nama sebagai seorang lagi penjaring Barca sebelum menyaksikan Sergio Ramos dibuang padang, manakala Casemiro dan James Rodriguez masing-masing menyumbang satu gol untuk Madrid.

Guardiola memenangi dua perlawanan liga berturut-turut di Bernabeu pada 2009 dan 2010, ketika pasukannya meraih kemenangan 6-2 dan 2-0. 

Luis Enrique, yang bakal meninggalkan Barca pada akhir musim ini, mengatasi kemenangan bermakna 4-0 ke atas Real yang dibimbing Rafael Benitez pada November 2015, dengan kejayaan terbaru ini memberinya dua makna besar.

Sementara itu, Zinedine Zidane, mengalami kekalahan pertama dalam aksi El Clasico selaku jurulatih dalam perlawanan ketiga menentang Barca.

Advertisement

Must Watch Video