REAL MADRID 3 BARCA 2
Penjaga gol Barcelona, Marc-Andre ter Stegen, dan pengurus, Xavi Hernandez, menempelak kelemahan teknologi garisan gol yang "memalukan" dalam kancah LaLiga berikutan kekalahan El Clasico 2-3 kepada Real Madrid, sebentar tadi.
LaLiga menjadi salah satu daripada beberapa liga utama di Eropah yang belum mengetengahkan teknologi itu dan ini bermakna ia boleh diputuskan melalui video bantuan pengadil (VAR) yang mengesan Andriy Lunin telah menghalang jaringan Lamine Yamal daripada melintasi garisan gol di kedudukan 1-1 separuh masa pertama di Santiago Bernabeu.
Real Madrid kemudian sekali lagi bangkit mengimbangi kedudukan 2-2 menerusi sentuhan Lucas Vazquez ketika keceriaan Barcelona hasil gol Fermin Lopez hanya bertahan empat minit.
Jaringan kemenangan Jude Bellingham seterusnya hadir pada masa kecederaan untuk meletakkan mereka 11 mata di puncak diekori Barça ketika kempen di Sepanyol hanya berbaki enam perlawanan.
“Saya kelu untuk menjelaskan apa yang berlaku di garisan gol,” kata Ter Stegen kepada pemberita.
"Ia memalukan untuk bola sepak. Terdapat banyak wang dalam industri ini tetapi dilaburkan bukan untuk perkara yang penting.
"Saya tidak faham bagaimana tiada wang untuk melaksanakan teknologi yang dimiliki oleh liga lain.
Tambah Xavi, "Adalah Memalukan kerana tiada teknologi garisan gol. Jika kami mahu mengatakan ini adalah liga terbaik di dunia maka kami memerlukannya.
“Saya sempat berpesan sebelum perlawanan bahawa saya berharap pengadil dapat mengesan perkara yang tidak nampak dan membuat keputusan yang tepat.
"Akhirnya, kedua-duanya tidak berlaku."

FT #ELCLÁSICO 3-2
— LALIGA English (@LaLigaEN) April 21, 2024
Heroic, @BellinghamJude ?#LALIGAEASPORTS | #ResultsByVisitSaudi pic.twitter.com/qHZKwLgqXQ