BUNDESLIGA
Ejen Erling Haaland nafi dihubungi Barcelona
Ejen Erling Haaland, Mino Raiola, menegaskan dia tidak berbincang dengan calon presiden Barcelona, Emili Rousaud, mengenai perpindahan penyerang Borussia Dortmund itu ke Camp Nou.
Penasihat Rousaud, Josep Maria Minguella, Rabu lalu menjelaskan bahawa sudah ada perbincangan untuk membawa masuk Haaland ke Barca sekiranya beliau dipilih untuk menggantikan Josep Maria Bartomeu dalam pemilihan bulan ini.
"Kami tahu kesemua syarat yang ditetapkan mereka dan jika kami menang, keesokan harinya saya akan menghubungi Mino Raiola dan kami akan bersetuju syarat tersebut," kata Minguella kepada AS.
Iklan
"Saya sudah menjelaskan kepadanya tentang hal itu. Kami mempunyai projek sukan bertaraf dunia yang belum boleh didedahkan tetapi Rousaud mempunyai rancangan yang akan mengubah situasi malang ini."
Walaupun tidak menolak masa depan Haaland di Catalonia, Raiola menafikan urusan perpindahan dengan Rousaud sedang berlaku.
Jumping into 2️⃣0️⃣2️⃣1️⃣! #HappyNewYear pic.twitter.com/Uj1PRUdX0H— Erling Haaland (@ErlingHaaland) December 31, 2020
"Ini adalah berita palsu! Saya tidak pernah bercakap dengan calon presiden FC Barcelona -- baik mengenai Erling Haaland mahupun pemain saya yang lain -- dan saya juga tidak akan melakukannya," kata Raiola kepada Sport1.
"Sekiranya ada presiden baru Barcelona yang terpilih pada bulan ini maka dia boleh menghubungi saya."
Haaland antara bakat terkemuka di dunia dan turut disebut-sebut sebagai menjadi sasaran Real Madrid, Paris Saint-Germain, Chelsea dan Juventus.
Dia telah meledak 33 gol dalam 32 perlawanan sejak menyertai Dortmund daripada Salzburg pada Januari tahun lalu dengan mengikat kontrak selama tiga tahun setengah.
Must-Watch Video