Andrea Pirlo menjangkan akan dapat menurunkan semula Paulo Dybala sekali lagi ketika Juventus mahu menamatkan tahun 2020 dengan cemerlang ketika menerima kunjungan Fiorentina awal pagi esok.
Dybala, yang menjadi subjek spekulasi perpindahan ketika rundingan kontraknya berdepan kerumitan, terlepas kemenangan 4-0 ke atas Parma ekoran kecederaan paha.
Pemain kebangsaan Argentina itu telah turutn lima kali dalam kesebelasan utama bagi saingan Serie A musim ini, melakukan lapan penampilan secara keseluruhan bagi saingan tersebut.
Prestasinya juga kurang memberangsangkan, apabila sekadar meledak satu gol daripada 23 percubaan dan gagal melakukan sebarang assist di sebalik 14 percubaan.
Tetapi Pirlo bercakap mengenai bakat penyerang itu dan optimis akan kembali bertemu Fiorentina.
"Paulo mula berlatih bersama pasukan hari ini," kata Pirlo kepada Juventus TV. "Dia semakin pulih dan saya yakin dia akan beraksi untuk perlawanan esok.
"[Merih] Demiral turut kembali pulih, tetapi Arthur tidak akan diturunkan, kerana masih lagi mengalami kesakitan yang dialami ketika bertemu Atalanta."

? ?????? ?#FinoAllaFine #ForzaJuve pic.twitter.com/bA4I5aneom
— JuventusFC (@juventusfcen) December 21, 2020