Penjaga gol AC Milan, Gianluigi Donnarumma, mendakwa semua pemain dalam pasukannya memberi sokongan penuh buat pengendali yang sedang dilanda tekanan, Marco Giampaolo.
Milan kini menduduki tangga ke-13 Serie A selepas melalui tiga kekalahan dalam lma aksi pertama musim ini.
Selepas tewas pada hari pembukaan di tangan Udinese, Milan memenangi dua perlawanan seterusnya ke atas Brescoa dan Hellas Verona tetapi selepas itu, dua kekalahan dilalui.
Minggu lalu, mereka tewas 2-0 di tangan seteru setempat, Inter Milan, dalam aksi di San Siro sebelum tunduk 2-1 ketika berdepan Torino meskipun mendahului.
Bagaimanapun, Donnarumma dilihat berada di belakang Giampaolo menjelang aksi menentang Fiorentina, esok.
"Kami bersamanya," kata penjaga gol Itali itu.
"Dia merupakan pengurus yang bagus. Saya meminta maaf kerana sewaktu berdepan Torino, kami melalui aksi yang hebat dan tidak layak untuk tewas.
"Satu perkara normal apabila bergelut pada awal musim dengan idea dan pemain baru tetapi kami harus terus mengikutinya. Kami semua bersamanya.
"Selepas gol pertama, kami leka. Kami perlu memperbaikinya. Jika kami berdisiplin, kami telah membawa pulang kemenangan.
"Namun, kami positif ketika menentang Torino. Kami mengekalkan bola, jadi agak pedih apabila tewas sebegitu."
Donnarumma menggesa Milan agar menjadikan pertemuan dengan La Viola sebagai pencetus kebangkitan mereka.
"Terdapat perlawanan yang menjadi pengubah keseluruhan musim kami," tambahnya.
"Kami muda dan dahagakan kejayaan. Kami akan perlu bermain, menyerang dan ia perlukan perwatakan.
"Menentang Torino, saya lihat semua memberikan yang terbaik dan saya meminta maaf kepada semua, termasuk peminat."