Skip to main content

Bola Sepak

Dollah akui corak permainan Tok Gajah tidak menjadi

24417dollahsalleh.jpg
Jurulatih Pahang, Dollah Salleh, menganggap permainan skuadnya masih tidak menjadi malam tadi walaupun berjaya menewaskan Johor Darul Ta'zim (JDT) dengan agregat 4-3 untuk mara ke separuh akhir Piala FA.

Katanya, Pahang gementar, terutama pada separuh masa pertama, untuk mendorong kekalahan 2-1 dalam aksi suku akhir kedua di Lakin. 

"Perkara utama, walaupun kami tewas tetapi kami layak ke separuh akhir. Sebenarnya corak perlawanan pada malam ini (malam tadi) tidak menjadi, khususnya pada separuh masa pertama kerana pemain mungkin rasa agak gementar," katanya.

Pahang meraih kemenangan 3-1 dalam aksi suku akhir pertama di Stadium Darulaman pada 1 April lalu, dan walaupun tewas 1-2 dalam perlawanan kedua, ia tidak menghalang Tok Gajah untuk mara ke saparuh akhir dengan agregat 4-3.    

"Kami tewas dan saya sebagai jurulatih mengambil tanggungjawab dengan keputusan ini, sudah tentu, kerana saya mengendalikan pasukan ini," kata jurulatih JDT, Benjamin Mora.

Tuan rumah tidak menunggu lama untuk meraih jaringan apabila hantaran Safiq Rahim disempurnakan Gonzalo Cabrera pada minit keenam.

Selepas itu, Gabriel Guerra meletakkan JDT di depan secara agregat apabila melakukan penyudah daripada hantaran Mohd Azrif Nasrulhaq sebelum menamatkan separuh masa pertama.

Penyerang import, Mohamadou Sumareh, bagaimanapun, menanduk masuk bola hantaran pemain gantian Nurridzuan Abu Hassan pada minit ke-86 untuk membawa Tok Gajah ke separuh akhir.

Advertisement

Must Watch Video