Apabila Djed Spence masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-69 semasa perlawanan Kelayakan Piala Dunia di Serbia pada Selasa, pemain berusia 25 tahun itu bukan sahaja layak meraikan kerja keras dan pengorbanan selama bertahun-tahun tetapi juga mencipta sejarah baharu yang membanggakan hampir 4 juta komuniti Islam di England.
Ketika mendahului Serbia 3-0, Spence dimasukkan bagi menggantikan pertahanan Chelsea, Reece James, dan keputusan ketua jurulatih England, Thomas Tuchel, itu membolehkan Spence muncul pemain Islam pertama yang turun beraksi untuk skuad bola sepak lelaki senior England.
“Saya agak beremosi kerana perjalanan itu tidak mudah, tetapi secara rasminya saya kini pemain England dan saya sangat gembira,” katanya.
Perjalanan karier bek sayap Tottenham Hotspur itu boleh dikatakan sedikit perlahan berbanding pemain yang lebih kurang seusia dengannya seperti James yang terlebih dahulu mencipta sensasi bersama The Three Lions dengan sudah pun menyumbang satu gol dan satu bantuan jaringan dalam lima aksi bagi kempen Kelayakan Piala Dunia kali ini.
“Apa sahaja agama anda, percayalah kepada Tuhan.
“Tuhan adalah yang terhebat dan Dia tidak pernah menghampakan anda. Hari-hari seperti hari ini adalah istimewa kerana Allah,” tambahnya.
Spence yang mula menyarung jersi Tottenham Hotspur pada 2022 mencuri perhatian dunia apabila sering memuat naik kapsyen berkaitan agama di akaun media sosial peribadinya.
Kejayaan terbaharu ini pula dianggap sebagai permulaan untuk Spence menjadi inspirasi kepada semua, terutama anak-anak muda Islam di England dalam memburu impian.