Skip to main content

Bola Sepak

Dinobat pemain terbaik kali ketiga, Bruno yakin United mampu juarai EPL

bruno-fernandes.jpg
Bruno Fernandes menyatakan Manchester United boleh memenangi Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini setelah dinobatkan sebagai pemain Terbaik EPL untuk bulan November. 

Fernandes meledak empat gol untuk meraih anugerah tersebut buat kali ketiga dalam tahun kalendar, satu pencapaian yang pernah dicapai oleh Tottenham Harry Kane pada tahun 2017. 

Pemain antarabangsa Portugal itu memperoleh gol setiap 86.25 minit bulan lalu, walaupun angka itu boleh bertambah baik selepas menggegar palang gol dua kali.

Dua jaringannya di Goodison Park membantu United menang 3-1 ke atas Everton, sementara penalti ke atas West Brom memastikan kemenangan pertama di Old Trafford bagi musim 2020-21.

Fernandes -- yang turut menemui sasaran ketika skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menang 3-2 ke atas Southampton -- gembira dapat menerima anugerah individu itu lagi, sementara menjelaskan bahawa sasarannya adalah menjulang piala bersama pasukan.

"Sukar untuk mendapatkannya, jadi saya sangat bangga memiliki yang ketiga," kata Fernandes.

"Saya akan gembira apabila memenangi EPL. Tujuan utama ke England, menyertai kelab seperti United adalah untuk memenangi EPL dan saya berasakan kami mampu melakukannya." 
 

Fernandes muncul sebagai pemenang daripada senarai pendek enam orang yang juga membariskan pemain kebangsaan England, Ben Chilwell, Jack Grealish dan James Ward-Prowse. 

Pertahanan West Ham, Angelo Ogbonna dan Pierre-Emile Hojbjerg, yang menjadi pemain berpengaruh dalam skuad Tottenham kendalian Jose Mourinho, turut tersenarai.

Advertisement

Must Watch Video