Franck Ribery memberi jaminan gelaran DFB-Pokal bakal menjadi milik Bayern Munich selepas mereka tersingkir daripada Liga Juara-Juara (UCL).
Bayern menampilkan aksi cemerlang di Santiago Bernabeu ketika bertemu Real Madrid tetapi dinafikan untuk mara ke final apabila seri 2-2 sekali gus tewas 4-3 menerusi agregat.
Ribery bermain dalam tempoh 90 minit tetapi dikecewakan dalam usaha untuk menjuarai UCL buat kali kedua.
Skuad The Bavarians itu telah diangkat sebagai juara Bundesliga dan mampu menyempurnakan kemenangan berganda dalam saingan domestik ketika bertemu Eintracht Frankfurt –- pasukan yang dikendalikan pengurus Bayern untuk musim depan, Niko Kovac –- dalam aksi final DFB-Pokal, 19 Mei ini.
Ribery menyifatkan kekecewaan dalam saingan UCL membenarkan pemain-pemain lebih bersemangat untuk melakar kejayaan DFB-Pokal buat kali ke-19.
"Kami berkunjung ke Bernabeu dalam usaha untuk ke final. Menampilkan aksi terbaik tetapi perjalanan kami telah berakhir.
"Masih terdapat perlawanan penting musim ini dan kami akan cuba yang terbaik untuk penyokong-penyokong The Bavarians," katanya.