Declan Rice menyempurnakan perpindahannya daripada West Ham ke Arsenal menerusi perjanjian termahal £105 juta (RM622.1j).
Pemergian pemain tengah England itu dari kelab yang disertainya sedekad lalu telah disahkan oleh The Hammers semalam sambil Arsenal mengumumkan perpindahan itu telah lengkap.
Ketibaan Rice ke Stadium Emirates dengan kontrak jangka panjang menyaksikan dia menjadi pemain Inggeris paling mahal dalam sejarah dan bekas kapten The Irons tersebut sempat membantu mereka menawan perlawanan akhir Liga Persidangan Eropah dengan menundukkan Fiorentina.
"Saya telah memantau Arsenal sejak beberapa musim lalu dan perkembangan yang mereka tonjolkan," kata Rice di laman sesawang Arsenal.
"Bukan sekadar musim lalu malah musim sebelumnya.
"Ketika itu mereka menduduki tempat kelima tetapi anda boleh lihat gaya permainan yang Mikel terapkan.
"Musim lalu adalah musim yang luar biasa, mereka membuatkan hampir semua pasukan keluar daripada persaingan kecuali Manchester City."

A new chapter begins. pic.twitter.com/ha5Btd8I2h
— Arsenal (@Arsenal) July 15, 2023