Tom Davies menjaringkan gol buat Everton selepas 30 saat ketika menewaskan Leicester City 4-2 untuk menyamai rekod jaringan terpantas dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Kevin Mirallas mengetuai serangan Everton dan menggelecek melepasi dua pemain Leicester di Goodison Park sebelum Davies menampan masuk menewaskan penjaga gol, Kasper Schmeichel.
Pemain berusia 18 tahun itu menjadi pemain ketiga untuk menjaringkan gol selepas 30 saat, selepas pemain Chelsea, Pedro, melakukannya ketika berdepan Manchester United pada Oktober dan Romelu Lukaku ketika bertemu Bournemouth, Februari lalu.
Ia merupakan gol kedua Davies buat The Toffees tetapi Leicester bangkit dengan dua gol menerusi Islam Slimani dan Marc Albrighton.
Dua gol daripada Lukaku dan Phil Jagielka memastikan Everton kembali ke rentak kemenangan apabila tewas kepada Liverpool 3-1, minggu lalu.