Sebagai seorang penyampai berita sukan, jadual sibuk menanti dengan acara dan laporan yang perlu disampaikan tepat pada waktunya.
Dalam suasana kerja yang pantas ni, saya sentiasa mencari keseimbangan antara kerjaya dan perkara yang membuatkan saya benar-benar gembira. Salah satunya ialah dunia kopi yang bagi saya bukan sekadar minuman, tetapi satu pengalaman.
Minat terhadap kopi semakin berkembang apabila saya sentiasa dengan percubaan menu baru — rasa dan aroma yang berbeza.
Lebih menyeronokkan, saya kini menguruskan sebuah streetstyle coffee shop bersama suami tercinta.

Ia dinamakan Twelve, dan ia terletak di Melawati. Twelve bukan sahaja sebuah kedai kopi, tetapi ruang kecil di mana kami berkongsi minat dengan orang lain, melalui setiap cawan kopi yang kami hidangkan.
‘A loyal companion’ — begitu la saya menggambarkan kopi, yang selalu bantu saya menjalani kehidupan seharian lebih - lebih lagi apabila saya perlukan dorongan tenaga lebih!
Jadi, kepada semua pecinta kopi dan juga kepada anda yang mahu mencuba sesuatu yang baru, saya jemput datang ke Twelve di Melawati.
Sama ada anda mahu mencari tempat untuk bersantai, berjumpa kawan, atau sekadar menikmati secawan kopi yang dibuat dengan penuh kasih sayang. Jadi, tunggu apa lagi? Jom la lepak Twelve!