LIGA SUPER MSIA
Danish sedia beraksi di tahap lebih tinggi
Siapa sangka semangat tidak berputus asa membuka peluang baik buat Danish Haziq Saipul Hisham yang mencuri perhatian barisan kejurulatihan Perak dalam saingan Liga Super 2020 ketika beraksi bersama UiTM FC.
Menerusi temubual bersama wartawan Nadi Arena, Syakirah Zulkifly, pemain berusia 23 tahun itu mahu memanfaatkan kesempatan bagi kembali meletakkan dirinya setaraf dengan rakan-rakan yang lain.
"Bermula beraksi dalam saingan Liga Perdana, langkah ke Perak saya berharap ia dilihat sebagai langkah terbaik bagi saya untuk mengejar semula ke tahap terbaik bersama rakan-rakan lain," kata Danish.
Iklan
"Dibelenggu masalah kecederaan sebelum ini, ia akan menjadi cabaran bagi saya untuk terus bersaing bagi memastikan saya dapat melangkah ke tahap yang lebih tinggi.
"Saya menjangkakan persaingan dengan Amirul Azhan bagi merebut tempat bek-kanan Perak. Ia bukan posisi yang mudah untuk didapatkan dan saya akan cuba mendapatkan pengalaman yang sebaik mungkin bersama Perak."
Must-Watch Video