Bintang Brazil, Philippe Coutinho, mendedahkan dia diminta untuk berehat di rumah ketika mengetuai kebangkitan Liverpool untuk menewaskan Stoke City.
Coutinho menjaringkan gol penyamaan apabila Liverpool bangkit menewaskan Stoke 2-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), Sabtu lalu, memastikan harapan mereka untuk menamatkan saingan dalam kelompok empat terbaik.
Bagaimanapun, pemain kebangsaan Brazil itu hampir tidak membuat penampilan di Stadium bet365 kerana terpaksa bertarung dengan masalah kesihatannya.
"Saya menyertai pasukan untuk perlawanan ini. Mereka meminta saya untuk berehat di rumah kerana masih demam tetapi saya mahu berada di sini," kata Countiho.
"Saya mahu terlibat bersama pasukan. Pengurus telah membuat keputusan kerana saya tidak berada di tahap yang terbaik.
"Saya mahu terus menjaringkan gol dan membantu pasukan. Ini merupakan kemenangan yang berharga."
Liverpool kini menduduki tangga ketiga EPL, ketinggalan 12 mata kepada pendahulu liga Chelsea dan dua mata di atas Manchester City.