Skip to main content

Bola Sepak

Courtois cergas hadapi Spurs dalam aksi Piala FA

curtois-220417.jpg
Ketua jurulatih Chelsea, Antonio Conte, mengesahkan penjaga gol, Thibaut Courtois, akan cergas untuk menghadapi Tottenham Hotspur dalam aksi separuh akhir Piala FA, malam ini, selepas pulih daripada kecederaan buku lali.

Courtois terlepas aksi dalam kekalahan 2-0 Chelsea kepada Manchester United pada hujung minggu lalu di mana dia dilaporkan mengalami kecederaan ketika penggambaran bagi tujuan promosi.

Asmir Begovic mengambil tempatnya ketika pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu menempa kekalahan kedua dalam empat perlawanan di Old Trafford, namun Courtois dijangka kembali cergas membarisi kesebelasan utama dalam perlawanan menentang Spurs di Wembley.

"Perkara paling penting adalah Thibaut telah pulih," kata Conte. "Dia berlatih dengan kami, minggu ini.

"Ini adalah perkara yang paling penting, maka kami berbincang (tentang keadaan kecederaan Courtois). Apabila saya bercakap dengan kelab, saya berasa adalah penting untuk merahsiakan perbualan kami bagi menjernihkan keadaan.

"Tugas mempromosi adalah sangat penting untuk kelab. Bagi sebuah kelab yang hebat, faktor komersial adalah sangat penting tetapi saya ulangi ia adalah penting kerana ia sentiasa dapat menjalin hubungan baik dengan semua orang, dan kemudian untuk mencari penyelesaian terbaik untuk diperbaiki."

Conte enggan melayani spekulasi berkenaan penyerang Sepanyol, Diego Costa, yang dikaitkan dengan perpindahan ke Liga Super China sambil menegaskan fokusnya adalah untuk membantu Chelsea meraih gelaran liga dan kejuaraan berganda buat kali pertama sejak 2009-10.

Costa telah menjaringkan 17 gol dalam 30 penampilan EPL musim ini, namun Conte menepis soalan mengenai masa depannya dengan berkata: "Kami yang memulakan khabar angin mengenai Diego ke China?

"Saya berasa dan saya ulangi perkara yang paling penting bagi kami adalah memberi tumpuan kepada situasi semasa untuk meneruskan apa sedang kami lakukan dengan memberi tumpuan kepada masa kini, menamatkan musim dengan baik dan kemudian kami mahu melakukan sesuatu yang luar biasa.

"Jangan lupa, detik ini sangat penting untuk kelab. Kami sedang membina asas. Kami berjuang untuk meraih gelaran, bermain untuk mara ke perlawanan separuh akhir dan itu bererti kami perlu bersama-sama melakukan tugas besar.

"Tugas kami baru bermula."

Advertisement

Must Watch Video