Skip to main content

Bola Sepak

Costa ledak gol ke-50 buat The Blues

costa-back-to-his-best-as-he-nets-50th-chelsea-goal.jpg

Diego Costa dilihat sudah kembali ke tahap terbaiknya selepas meledak gol ke-50 bersama Chelsea ketika menewaskan Crystal Palace 1-0 di Selhurst Park dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), semalam.

Pemain kebangsaan Sepanyol itu menanduk masuk hantaran silang Cesar Azpilicueta untuk merakamkan gol ke-13 musim ini - lebih daripada jumlah gol yang dihasilkannya pada musim 2015-16.

Di sebalik persembahannya itu, Costa telah dilayangkan kad kuning kelima musim ini dan bakal terlepas aksi 'boxing day' berdepan Bournemouth.

Advertisement

Must Watch Video