Skip to main content

Bola Sepak

Copa America: Presiden bola sepak Colombia ditangkap, hadapi tiga pertuduhan jenayah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

copa.jpg
Presiden Persekutuan Bola Sepak Colombia, Ramon Jesurun, ditahan selepas perlawanan akhir Copa America di Stadium Hard Rock, Ahad lalu.

Menurut rekod, dia berdepan tiga pertuduhan jenayah dimana Jesurun dan anaknya Ramon Jamil Jesurun kedua-duanya ditahan di Stadium Hard Rock dalam keadaan huru-hara.

Pegawai berusia 71 tahun itu dituduh menyerang pegawai penguatkuasa undang-undang dan pekerja acara. Dia ditahan pada isnin serta diperintahkan untuk membayar RM4670 bagi setiap dua pertuduhan pertama.


 

Perkara itu berlaku sebelum perlawanan akhir Copa Amerika bermula di antara Argentina dan Colombia dan menyaksikan permintaan bagi pembelian tiket dengan harga bermula pada RM6058.

Dan itu menyebabkan tular rakan video peminat yang melompat masuk melalui atas pintu pagar serta memasuki stadium melalui lubang udara secara haram untuk menyaksikan perlawanan akhir itu.

Malah, ramai pemegang tiket mendapati tempat duduk mereka sudah diambil oleh penceroboh dengan staf serta kakitangan tidak berjaya mengawal keadaan itu.

Advertisement

Must Watch Video