LIGA INGGERIS
Conte: Saya masih belum hidu takhta EPL
Ketua jurulatih Chelsea, Antonio Conte, menegaskan beliau masih belum menghidu gelaran juara Liga Perdana Inggeris (EPL) walaupun skuad kendaliannya meraih kemenangan 3-1 ke atas Bournemouth.
Eden Hazard dan Marcos Alonso menjaringkan gol serta jaringan sendiri Adam Smith menyaksikan The Blues meraih kemenangan bergaya di Stadium Vitality.
Chelsea mengekalkan kelebihan tujuh mata ke atas pesaing terdekat, Tottenham, di persada liga dan dengan berbaki tujuh perlawanan, pengendali kelahiran Itali itu berkata masih banyak perkara yang harus dipertingkatkan oleh anak buahnya.
Iklan
"Saya masih belum menghidu kejayaan kerana masih berbaki tujuh perlawanan," kata Conte.
"Kami tidak memiliki jadual yang mudah, kami mengetahuinya. Ia amat penting untuk memenangi perlawanan demi perlawanan.
"Chelsea perlu memberikan tumpuan dalam setiap aksi kerana Tottenham juga berada di tahap yang terbaik, mereka sedang cuba untuk memintas kami."
"Saya amat menyukai tekanan dan hidup dengan tekanan ini. Kerana tekanan memberikan cabaran buat kami untuk berjaya."
Must-Watch Video