Antonio Conte kagum dengan "empat atau lima" pemain selepas menyaksikan Chelsea meraih kejuaraan Piala FA Remaja selepas membelasah Manchester City 5-1, Rabu lalu.
Ini merupakan kejuaraan kali keempat berturut-turut buat skuad muda Chelsea dengan keputusan 5-1 di Stamford Bridge melengkapkan kemenangan agregat 6-2, sekaligus pengulangan kepada aksi final bagi edisi 2015-16.
Conte bersama-sama pemilik pasukan, Roman Abramovich, berada di tempat duduk penonton bagi menyaksikan perlawanan itu.
Kelibat kapten Chelsea, John Terry, dan bekas pemain tengah, Frank Lampard, turut kelihatan menyaksikan generasi pemain muda The Blues beraksi.
Trevoh Chalobah, adik kepada Nathaniel, membuka tirai jaringan sebelum Ike Ugbo menambah gol kedua selepas menerima hantaran Dujon Sterling.
Callum Hudson-Odoi turut melakar nama selaku penjaring menerusi gerakan solo sebelum Sterling meledak gol keempat perlawanan.
Pemain gantian, Cole Dasilva, melengkapkan kemenangan besar di laman sendiri.
Conte kemudianmenyampikan sepatah dua kata kepada pasukan pemenang -- dikendalikan bekas pemain, Jody Morris -- dalam bilik persalinan, dan dia yakin barisan muda Chelsea memiliki masa depan yang cerah.
"Kami menyaksikan perlawanan bersama-sama. Satu perkembangan baik apabila Abramovich sendiri mahu menyaksikan perkembangan pemain muda," ujar Conte.
"Sangat penting untuk Chelsea bekerjasama erat dengan akademi. Akademi Chelsea sedang berjalan dengan baik. Setakat ini, saya melihat terdapat empat atau lima pemain yang memiliki masa depan cerah.
"Tetapi seperti anda semua tahu, bukan mudah untuk menjadi pemain pasukan ini, terutama bagi mengisi kesebelasan utama."