Antonio Conte menuntut penghormatan dan peningkatan yang lebih tinggi di Itali selepas Romelu Lukaku dilontar cemuhan berunsur perkauman ketika Inter meraih kemenangan 2-1 ke atas Cagliari, awal pagi tadi.
Lukaku menjaringkan gol menerusi sepakan penalti untuk meneruskan rekod kemenangan Inter dalam saingan Serie A, namun ia dibayangi cemuhan ke atas penyerang kelahiran Belgium itu.
Ia kedengaran ketika Lukaku mengambil sepakan penalti pada minit ke-72 yang memastikan tiga mata buat Inter selepas Joao Pedro menafikan jaringan pembukaan Lautaro Martinez.
Ia merupakan satu lagi hari hitam bola sepak Itali dan Cagliari di Arena Sardegna, di mana bekas penyerang Juventus, Moise Kean, turut menerima layanan yang sama musim lalu.
"Kami perlu memperbaiki perkara ini di Itali dan lebih menghormati setiap individu tanpa mengira warna kulit.
"Ketika saya berkhidmat di luar negara, penyokong bertugas memberikan semangat kepada pemain mereka, bukan meluangkan masa mengherdik pemain lawan," tegasnya.
Inter meraih dua kemenangan daripada dua perlawanan di bawah pimpinan Conte tetapi Nerazzurri bergelut ketika berdepan Cagliari.
Selepas mengatasi Lecce dalam aksi pembukaan Serie A, Inter bernasib baik meraih kemenangan kedua apabila diberikan sepakan penalti.
"Ia merupakan perlawanan berbeza berbanding dengan Lecce. Saya telah memberi amaran kepada semua pemain ia adalah perlawanan yang sukar," tambah Conte.
Diego Godin hadir sebagai pemain gantian untuk membuat penampilan sulung sementara Alexis Sanchez berada di bangku simpanan selepas dipinjamkan oleh Manchester United.
"Sanchez seorang pemain yang berkualiti tetapi dia akan bersama Chile untuk berdepan Argentina terlebih dahulu untuk mendapatkan masa beraksi. Kami memerlukan dia dalam tahap terbaik berdepan Udinese dan Barcelona."