Pengurus Inter Milan, Antonio Conte, menggesa pemainnya untuk mengekalkan prestasi dalam Serie A sebelum berdepan Barcelona dan Juventus.
Skuad kendaliannya itu menewaskan Sampdoria 3-1 dengan 10 pemain, awal pagi tadi bagi mengekalkan rekod kemenangan 100 peratus.
Inter mengesahkan kemenangan hasil jaringan Stefano Sensi, Alexis Sanchez dan Roberto Gagliardini sambil Jakub Jankto menyumbat gol sagu hati buat Sampdoria.
Sanchez -- yang dipinjam daripada Manchester United -- melalui perlawanan yang penuh aksi selepas menjaringkan gol pembukaan sebelum dibuang padang seminit selepas rehat akibat layangan kad kuning kedua.
Inter kini dua mata mengatasi Juventus di puncak Serie A selepas enam kemenangan berturut-turut dan Conte mahu menggunakan kecemerlangan itu tatkala mereka bertandang ke Camp Nou sebelum melayan kunjungan juara bertahan liga itu, hujung minggu depan.
"Kami perlu memulihkan tenaga bagi mengekalkan kecemerlangan, jadi kami boleh menyukarkan Barca," katanya.
"Saya tidak perlu beritahu anda lawan yang akan kami hadapi.
"Jika anda mahu memberi kesukaran kepada Barca, anda perlu tampilkan permainan pantas dan disiplin tetapi dalam masa sama, anda perlu bagus dalam mengekang mereka atau ia akan menjadi masalah.
"Anda juga perlu bagus dalam kawalan bola dan merangka serangan. Permulaan cemerlang dalam liga ini adalah hasil kerja keras dan keinginan yang ditampilkan pemain."
Kemenangan awal pagi tadi menyaksikan Conte menyamai rekod musim terbaik Roberto Mancini walaupun dia masih memerlukan dua lagi kemenangan untuk mengatasi catatan legenda Inter, Helenio Herrera, yang meraih tujuh kemenangan ketika musim 1966-67.